Februari 25, 2009

Uphill battle

Pihak LSM BMD di Kuching sedang dalam peringkat advocacy dikalangan public dan potential employers kepada PRT. Kita sudah berjumpa dengan tidak kurang tiga puluh potential prospect.

Semua mereka komen bahawa Perjanjian Kerja yang disediakan oleh kita sangat bagus kepada ketiga-tiga pihak; iaitu pihak majikan, pihak PRT dan pihak Koordinator di Sarawak.

Malangnya, diantara yang kita sudah sosialisasi, hanya orang Dayak sahaja yang ikhlas nak melaksanakan perjanjian itu.

Yang lain, hanya bilang bagus di mulut, tetapi tidak mahu melaksanakan perjanjian itu. Mereka lebih suka mengajikan PRT secara sistem yang sedia ada.

Sistem yang sedia ada ialah satu sistem dimana majikan ambil PRT daripada agent. Lepas itu agent sudah tidak ada hak nak masuk campur dalam nasip PRT. Berapa gaji yang nak dibayar, kemudahan yang disediakan oleh majikan kepada PRT, keselamatan PRT dan lain-lain hal, sudah pun ditentukan oleh majikan. Kalau majikan baik, PRT nyaman. Dan kalau jumpa majikan jahat, susahlah nasib PRT.

Sistem yang LSM BMD nak praktikan ialah suatu sistem dimana hubungan kerja majikan-PRT sudahpun ditetapkan dalam perjanjian. Contohnya: setiap bulan majikan harus bayar gaji PRT kepada Koordinator. Inilah satu isu yang majikan tidak mahu. Mereka lebih suka bayar gaji PRT selepas habis kontrek dua tahun, tanpa jaminan kukuh.

Saya hanya tahu bahawa agent yang betul-betul bertanggungjawab ialah Albert Tiong. Tetapi walaupun beliau strict, masih juga ada masalah dimana majikan tidak mahu bayar gaji PRT dengan penuh, seperti kasus Disnawati yang saya sekarang handle di makhamah. Kalaulah beliau ikut sistem kita, masalah ini tidak akan berlaku, sebab gaji sudah ditanggan kita.

Sekarang kita menghadapi uphill battle dalam promosi ideal kita, sebab masih banyak calo dan agent yang masih memberi PRT secara sistem sedia ada.

Yang dapat membantu kita ialah pemerintah Indonesia. Pemerintah Indonesia bisa mengarahkan supaya semua PRT harus ambil Indomaids Agency sebagai Koordinator untuk mereka di Sarawak.

Februari 24, 2009

PRT dipaksa sambung contract


Moses Rata, yang berasal dari Darit, complaint kepada saya bahawa teman kepada kawan nya, seorang PRT (Pembantu Rumah Tangga) sekarang dalam tahun ketiga bekerja dengan majikan nya.

PRT ini sangat rindu kepada keluarga nya dan sangat ingin kembali ke rumahnya di Darit. Tapi dia tak dapat kerana dia bilang "contract saya sudah disambung".

PRT ini tak faham mengapa bisa contract disambung, sedangkan janji calo dulu dia hanya bekerja selama dua tahun. Dia hanya diberitahu oleh majikannya bahawa contractnya sudah disambung dari dua tahun kepada empat tahun.

Sekarang PRT ini ingin nak lari dari majikan, walaupun tanpa gaji.

Soalan dam komen saya kepada Moses:
1. Dimana dan siapa agent PRT ini? Agent Indon nya?
2. Mengapa agent Sarawak dan agent Indon ini tidak urus PRT ini semasa contract sudah selesai?
3. Adakah PRT tandatangani Borang Biru? Kalau ada bermakna PRT sudah memberi izin untuk sambung contract. Kalau tidak ada, bermakna majikan memalsukan tandantangan PRT.

Apa yang PRT dan Moses harus buat, kalau PRT benar nak pulang:
1. PRT tulis surat berhenti kerja kepada majikannya. Beri minimal satu bulan notice. Kasih salinan surat itu kepada konsulat, saya sendiri (LSM) dan polisi.
2. Ibubapa PRT juga tulis surat kepada majikan, minta supaya anak mereka dibenarkan pulang. Beri minimal satu bulan notice. Kasih salinan surat kepada konsulat, LSM dan polisi.
3. Kami akan berjumpa dengan majikan bila sudah tiba masanya, seperti dalam kedua-dua surat.

Janganlah lari, sebab PRT akan rugi gaji tiga tahun.

Tindakan LSM Lembaga Bina Masyarakat Desa untuk mengelak masalah in berlaku:
1. Ada perjanjian kerja ditandatangani oleh majikan dan PRT. Kita kenal majikan.
2. Setiap 3 bulan kita pergi jumpa PRT, untuk mengelak penganiaan dan dera.
3. Setiap bulan gaji dibayar. Maka bila dah habis contract, PRT bisa pulang dengan gaji penuh.
4. Dalam perjanjian, PRT dan ibubapa PRT harus bersetuju secara bertulis, barulah contract PRT bisa disambung.

Sekarang kita sudah ada jalur alternative. Janganlah ikut jalur gelap.

Februari 21, 2009

Calo Out-Of-Bound dari CIQ Entekong/Tebedu

Sudah seminggu ini, CIQ Entekong/Tebedu sudahpun diketatkan dan sudah didalam keadaan 'Out-Of-Bound' dari para calo dan orang awam yang tiada dokumen perjalanan sah.

Syabas kami ucapkan kepada pihak imigrasi dan polisi Indonesia kerana melaksanakan peraturan itu.

Sebelum ini, calo dengan senang, bisa membawa orang Indon ke CIQ Sarawak. Kalau calo nak bawa PRT yang mempunyai paspor baru masuk ke Sarawak, calo hanya bayar Rp500,000 kepada imigrasi di CIQ. Paspor akan dicop dan PRT masuk ke Sarawak. Di CIQ Sarawak, calo tak perlu bayar apa-apa sebab pihak imigrasi Sarawak sudah lihat cop imigrasi Indon di paspor itu.

Kalau pegawai imigrasi Indon itu ada angin bagus, calo hanya bayar Rp50,000, dan kadang-kadang tak perlu bayar langsung.

Sekarang semua orang, termasuk calo dan money changers, harus mempunyai dokumen perjalanan sah, sebelum dibenarkan masuk ke kawasan CIQ Entekong. Peraturan ini bisa mengurangkan human trafficking daripada KalBar ke Sarawak.

Pada tahun 1998 dan sebelumnya, harga PRT ialah RM800. Setelah pembuatan paspor diketatkan, harga PRT naik ke RM1000. Selepas itu agak senang dapat PRT dan buat paspor.

Pada tahun 2003, perlaksaan hukum diketatkan lagi, sehingga harga PRT naik ke RM1500 - RM1800.

Pada tahun 2008, untuk buat paspor dan keluar dari CIQ Entekong semakin susah. Sekarang harga PRT ialah RM2500.

Effect ini kepada PRT ialah gaji yang murah dan tak sesuai dari kerja yang dilakukan. Majikan akan jawab bahawa tak dapat berikan gaji tinggi sebab majikan harus bayar RM5000 kepada agent. Ini bermakna untuk 2 tahun contract, majikan akan belanja RM750 sebulan untuk PRT, kalau PRT diberi gaji RM350 per bulan.

Selalunya pihak perlaksana hukum hanya ketat perlaksaan hukum selama 3 - 6 bulan. Selepas itu PRT dan TKI bisa masuk ke Sarawak.

Gaji tidak dibayar

Ramai TKI, terutama sekali PRT, tidak dibayar gaji dengan penuh, setelah selesai contract kerja dua tahun.

Apa mereka buat? Mereka akan pulang ke kampung, walaupun tahu bahawa mereka ditipu, sebab mereka tidak ada perjanjian dengan majikan sebelum mulai kerja.

Ada juga mereka yang ada perjanjian kerja, tetapi hak mereka tidak dijaga dengan sepenuhnya. Mereka kurang faham Bahasa English atau Bahasa Malaysia.

Mereka tidak ada wakil yang menjaga kepentingan mereka. Agent yang urus mereka lebih mementingkan keuntungan ekonomi daripada kesejahteraan PRT.

Selalunya agent ini kenal mereka daripada agent sebelumnya, maka tidak ada personal touch. Dalam situasi seperti ini, PRT sudah menjadi benda bisnes, dan bukan manusia.

Disinilah Bina Masyarakat Desa berbeda. Kita akan ada personal touch dengan angota kerana kita interview calon dan ibubapa calon. Kita juga interview majikan untuk 'match making' calon dan majikan. Hujungnya kita akan buat Perjanjian Kerja diantara majikan dan PRT, yang disesuaikan ikut keperluan, workscope dan pengalaman PRT.

Maka bila ada masalah, kita sudah ada pegangan perjanjian, kita ada hubungan personal touch dengan majikan, PRT dan ibubapa PRT.

Hubungilah kami, kalau ada pertanyaan. Bisa tinggalkan pesanan di sini.

Harus selamat. Harus sukses.

Februari 17, 2009

LSM BMD meets Mr Rasulius



Pada jam 10.30 pagi, Isnin 16 Februari 2009, Miss Augustina dan Mr Alim GA Mideh dari LSM Bina Masyarakat Desa, berjumpa Bapak Rasulius, di kantor beliau di Kantor Depnaker, Landak.

Beliau diberitahu bagaimana kerjasama diantara M/S Indomaids Agency dan LSM Bina Masyarakat Desa bermula, apa missi dan visi kerjasama ini, dan bagaimana kerjasama ini, sebagai jalur alternatif, bisa mengurangi masalah TKI.

Salinan MOU telah pun diserahkan kepada beliau. Beliau sangat menghargai kerjasama ini, apalagi kerjasama antara negara, walaupun diperingkat LSM. Mudahan kerjasama anti-human-trafficking ini bisa mengurangi masalah TKI dan bisa menguntungkan pihak TKI, majikan, Malaysia dan Indonesia.

Beliau akan bawa initiatif murni ini untuk perhatian Kepala Dinas Depnake Landak dan Bupati Landak, untuk tindakan lanjut mereka.

Februari 13, 2009

Olivier Menjadi Ibu



Pada 7 Feb 2009, saya terima phone call dari teman minta bantuan. Bila saya sampai di rendezvous, saya lihat seorang ibu berumur sekitar 26 tahun gendung baby lelakinya yang berumur tujuh bulan.

"Apa-apa kerjaan pun bisa Pak," katanya kepada saya, tetapi memandang ke lantai. Baby nya menangis. Dia malu nak suruh baby nya yang kelaparan, hisap nenen nya di depan saya. Bukan senang mendapat majikan yang mahu mengajikan seorang ibu dengan baby.

Selepas beberapa phone call, saya berjaya dapat kerja di restoran sebagai kitchen helper, dengan gaji RM450 per bulan, makan minum tidur disediakan oleh majikan. Tetapi majikan tidak mahu baby bersama dia.

Nasib baik dia ada adik yang kahwin Dayak Bidayuh lokal di Kuching. Adik inilah, dengan sokongan suaminya, yang rela menjaga baby tadi, semasa ibunya kerja.

Dia masih sedih, memikirkan anak sulungnya, Olivier, yang dia terpaksa tinggal di kampung dengan bapa dan emaknya.

Pada 9 Februari, dalam perjalanan ke Singkawang, saya singgah di kampungnya di Monterado, melihat anak perempuan sulungnya. Sangat sedih sekali. Bapanya lari. Ibunya kerja di Kuching. Nenek nya di ladang. Dia bermain masak-memasak dengan anak jiran.

Inilah akibat kalau ibubapa tidak merancang dan mengatur anak dengan baik. Inilah akibat apabila kita tidak faham apa itu puppy love, infatuation atau cinta monyet dengan cinta sejati. Inilah akibat apabila kahwin terlalu muda dan belum lagi bersedia disegi moral, mental, career dan kewangan.

Yang sengsara ialah anak dan nenek di kampung. Masyarakat pun susah nak sukses.

Pihak gereja dan pihak pemerintah harus memberi nasihat tentang kepentingan family unit, supaya masyarakat bisa sukses dan makmur.

Di Malaysia, pihak gereja Catholic memberi kursus wajib kepada semua pasangan yang nak kahwin, sebagai persediaan menjadi ibubapa yang bertanggungjawab, effective dan harmonious.

Februari 05, 2009

PRT CENTER- LEMBAGA BINA MASYARAKAT DESA

Di dunia ini kita semua mengentahui bahwa yang namanya pembantu rumah tangga adalah seorang pekerja yang dianggap rendah. Itulah sebabnya terkadang pembantu rumah tangga jarang dihargai dan jarang diberi gaji yang layak dan pantas. Permasalahan mengenai pembantu rumah tangga sampai sekarang inipun masih menjadi problem utama. Tetapi anehnya pemerintah dan pihak-pihak terkaitpun enggan sekali mau membuka mata dan bahkan enggan mau mengatasi masalah yang dihadapi para pembantu rumah tangga tersebut.

Permasalahan PRT di dalam negeri dan luar negeri begitu banyak sekali, apalagi soal TKW dan TKI yang sangat rentan sekali dengan problem. Sampai sekarangpun tidak ada yang mau memperhatikan nasib mereka. Entah apa sebabnya, banyak pihak seolah menutup mata dengan hal ini. Sebenarnya yang diharapkan dari semua itu adalah adanya pembinaan dan pelatihan bagi PRT agar mereka dapat bekerja profesional, sehingga dapat bekerja dan memberikan service yang baik bagi majikan. Yang banyak terjadi adalah PRT tidak punya ketrampilan, tidak sekolah, tidak pernah kursus, tidak pernah dididik. Sebenarnya ini salah siapa? Seharusnya pemerintah harus memperhatikan juga kondisi-kondisi yang demikian, apa sebabnya TKI / TKW / PRT di mana-mana banyak bermasalah dengan majikan. Masalah bisa didapatkan kemungkinan :

  1. PRT tidak jujur, malas, tidak sopan, tidak pandai kerja dll.
  2. Majikan jahat dan tidak berprikemanusiaan, kurang toleransi.

Untuk itulah sudah saatnya semua pihak harus terlibat dalam situasi di atas. Harus ada perjanjian kerja yang benar antara PRT dan majikan. Hukum yang dapat mengatur mereka bekerja begitu pula harus dibuat aturan bagi majikan agar dapat memperkerjakan PRT dengan baik dan benar.

Sampai sekarang hanya sekolah-sekolah SD, SMP, SMA, Perguruan Tinggi yang terus dikembangkan tetapi pada akhirnya membuat manusia-manusia jadi malas, tumpukan pengangguran, tidak punya ketrampilan dll. Padahal sekolah-sekolah yang paling bagus dikembangkan adalah sekolah yang bisa membuat manusia mandiri dan terampil seperti sekolah mencuci pakaian, sekolah memasak dll.

Contoh di kota Pontianak, banyak anak-anak pedalaman yang bekerja sebagai PRT dan sulit ditelusuri nasibnya. Kadang permasalahan dapat ditemui ketika banyak anak-anak pedalaman mengadu pada seorang Pastor di gereja-gereja. Tapi kadang para Pastorpun tidak mampu berbuat apa-apa dan malahan bingung mau menyelesaikan problem mereka. Anak-anak dari pedalaman ini juga kadang bermasalah karena rata-rata mereka tidak punya ketrampilan, tidak sekolah, tidak pandai memasak dll. Itulah sebabnya kesalahpahaman sering terjadi dengan para majikan dan membuat masalah di mana-mana.

Kami dari LSM Bina Masyarakat Desa mencoba menjawab permasalahan tersebut. Walaupun masih sangat terbatas dalam mengatasi TKW / PRT tersebut, kami akan terus berusaha memantau dan membantu kesulitan-kesulitan yang dihadapi PRT di berbagai tempat. Semoga saja kami bisa membuat PRT Center dimana setiap orang boleh belajar memasak, belajar membuat kue, mencuci, membersihkan rumah, berkebun, belajar merawat orang tua dan babysitter, belajar sopan-santun dll. Untuk cita-cita di atas kami mohon doa restu dan dukungan dari semua pihak. Saran, kritikan, dukungan berupa moral dan spiritual sangat kami harapkan dari semua pihak.

Februari 03, 2009

Disnawati dibohongi II


Pada jam 8.56 pagi, dalam hujan lebat, Disnawati dan saya sampai di tingkat 7, Bangunan EPF, Simpang Tiga, Kuching. Disinilah Makhamah 1, dimana perbicaraan Disnawati-Ho akan diadakan.

Kami merasa kecewa semasa mendaftar diri di kaunter setelah diberitahu bahawa hakim cuti sakit. Perbicaraan maka ditangguhkan.

Mr Ho cadang kepada pegawai yang bertugas untuk melanjutkan perbincangan diantara beliau dan Disnawati, bertujuan untuk menyelesaikan masalah ini. Beliau bekerja di Kuala Lumpur, maka banyak kos untuk pulang balik ke Kuching.

Mr Ho berulang-ulang kali menyatakan kepada pegawai buruh, bahawa Disnawati salah kerana tidak tunai janji. 'Dia telah pun menjadi hakim' fikir hati kecil saya.

Pegawai buruh memberitahu Mr Ho bahawa gaji Disnawati atas kerja yang telah dilakukan, harus dibayar dengan penuh. Beliau tambah bahawa Mr Ho boleh summon Disnawati di makhamah, kalau dia rasa Disnawati tidak tunai janji.

Saya jawab bahawa tidak pernah ada perjanjian untuk melanjutkan kontrek dengan Mr Ho. Untuk menyambungkan kontrek, PRT harus tandatangani Borang Biru. Disnawati tidak pernah tandatangani Borang Biru.

Hanya setelah Borang Biru ditandatangani oleh PRT, barulah Work Permit dikeluarkan oleh Jabatan Imigrasi Malaysia.

"Bolehkah Mr Ho keluarkan Borang Biru yang ditandatanggani oleh Disnawati?" saya cabar Mr Ho. Saya rasa ada kemungkinan dia sudah melakukan kesalahan pemalsuan dokumen.

Nampaknya dia sudah mengalah lalu dia tawarkan membayar baki wang gaji, sebanyak RM1760, dengan tiga syarat: 1. tolak wang yang telah dipinjamkan kepada Disnawati, daripada jumlah wang baki. 2. Disnawati harus mengangku bahawa Disnawati bersalah. 3. Duit itu tidak dibayar tunai pada masa itu, tetapi pada masa lain, dimana tarikh tidak ditetapkan.

Kami juga nuntut kos Disnawati masuk ke Sarawak sebanyak tiga kali. Malangnya pegawai buruh jawab bahawa dia tidak boleh tuntut kos itu.

Kami menolok tawaran Mr Ho, yang merugikan, memalukan, menganiakan dan sedikit terlampau, sebab pemotongan itu tidak perpatutan.

Oleh kerana perbincangan itu seolah-olah tidak ada keputusan positive, kami pun memutuskan untuk perbicaraan di makhamah.

Pegawai buruh, seorang perempuan Melayu, memberitahu bahawa tarikh pembicaraan akan dikirimkan melalui pos.

Disnawati dibohongi I

Pertengahan tahun 2008 seorang kawan call saya minta bantuan. Saya pun pergi ke rumahnya pada waktu petang.

Dalam pertengahan minum bir Bintang, saya kaget bila dia suruh saya bantu menagih majikan Disnawati, untuk pembayaran baki gaji Disnawati sebanyak RM2310. Seperti saya, dia juga tidak ambil apa-apa keuntungan daripada pertolongan itu. Dia adalah seorang practising Christian.

Malam esoknya, saya bawa Disnawati berjumpa dengan majikannya, Mr Ho Swee Foo, yang tinggal dirumahnya di Tabuan Height, Kuching.

Mr Ho Swee Foo tidak mahu bayar baki duit gaji itu. Oleh kerana Disnawati minta berhenti kerja kerana sudah bekerja lebih dua tahun, dan kerana bapanya yang sakit di Pahauman perlu dia, Mr Ho, dengan marah, pun benarkan Disnawati berhenti, tanpa gaji.

"Kalau ikut law, saya boleh claim dari dia kerana tidak tunaikan perjanjian ," ngancam Mr Ho.

Saya hanya buat tugas membantu warga Indonesia yang bermasalah, seperti yang dimohon oleh Gubernur Cornelis. Saya tidak mahu berkelahi. Saya percaya dengan undang-undang.

Selanjutnya saya buat complaint di Pejabat Buruh Malaysia di Kuching. Seperti arahan Pejabat Buruh, kami sudah mengadakan dua pertemuan diantara Mr Ho, Disnawati dan pegawai Pejabat Buruh. Kerana Mr Ho tidak mahu bayar baki gaji, maka kami teruskan kepada peringkat perbicaraan.

Esok adalah perbicaraan pertama diantara Mr Ho dan Disnawati. Disnawati hanya menuntut baki gaji sebanyak RM2310, dan kos dua rondengan dan perbicaraan esok.

Saya bukan seorang lawyer. Saya akan iringi dan nasihati Disnawati di Makamah Buruh, di Bangunan EPF, Simpang Tiga, Kuching.

Berdoalah untuk Disnawati.

September 23, 2008

MENELUSURI KISAH TKI / TKW


KAMU BUKAN LAGI ANAK AKU


( Kisah Nyata Dari Mr. Alim Mideh)

“Awakmu saiki dudu anak ku”, jawab bapanya. (Kamu bukan lagi anak aku; you are no longer my son)
Jawapan yang tidak disangka daripada bapa, setelah tidak bertemu dan berbual selama tiga tahun. Apa lagi setelah dia baru diselamatkan dari seksaan dan gengangam orang gila selama setahun di Laut Cina Selatan, dimana dia sudah tidak lagi terfikir bisa keluar dengan selamat.
Terlalu stress, dia sudah hampir lupa bahasa sendiri, rakan kerja hanya terdiri dari suku Dayak dan Cina. Dia sering di tumbok oleh tekong tanpa alasan munasabah. Apabila dia tanya mengapa dia ditumbuk, dia akan dipukul dengan besi atau kayu keras, atau apa-apa benda yang dekat kepada tekong.

Hanya dia yang berani jawab balik tekong, menyebabkan dia menjadi black sheep dikalangan kuli yang lain.
Dia pernah lihat Pare, terjun ke laut, kerana tidak tahan lagi penganiaan dan dera tekong berkenaan. Dia juga pernah dengar cerita dari kuli yang lama, bagaimana mayat kuli Cina dan Dayak dicampak ke laut. Samada betul atau tidak, tetapi kuli yang lain pun sudah takut, maka tak berani melawan, jawab balik atau lari, sehingga ada yang bekerja selama lima tahun tanpa gaji. Ada yang terlalu stress sehingga tak tahu bagaimana nak pulang, tak sedar hak mereka sebagai pekerja dan manusia: mereka pun mengalah dan sudah menerima seksaan harian itu sebagai takdir Tuhan.

Setelah setahun dilaut, Herman pun pulang ke darat, kerana semua kuli lain juga pulang untuk cuti Kong Hee Fat Choy. Dalam perjumpaan dengan towkay, dia diberitahu bahawa dia masih song RM2000 lebih, tetapi hanya boleh pinjam RM150.
Dengan alasan nyawa lebih berharga daripada RM2000; tidak mampu nak menghadapi seksaan selama setahun lagi di laut; kemungkinan besar tidak ada gaji langsung seperti yang dialami oleh kuli yang lain dan kemungkinan dia juga akan terperangkap dan tak bisa pulang, Herman pun lari.
“Mungkin bapa kamu tidak percaya kamu lagi. Bagus I tulis cerita kamu di blog. Lepas itu suruh you bapa baca blog I. Setelah dia lihat gambar kamu yang kurus, sedih dan hitam kulit, mungkin dia percaya,” saya nasihati Mohamad Herman Shah.
Dia berasal dari Brebes, Jawa Tengah. Lelaki Jawa Muslim ini dibawa ke Pontianak oleh seorang calo kampung bernama Sarip, pada tahun 2006. Di Pontianak, dia bersama lima kawan lain diserah kepada pasangan agent Pak Junaidi dan Pak Kori.
Agent ini serahkan mereka kepada towkay bernama Mr Ling, di Sibu, Sarawak dan bekerja di sawmill. Dia berhenti kerja setelah satu tahun dengan Mr Ling. Semasa minum di warong, di berkawan dengan seorang Cina bernama Apin. Dia ditawarkan kerja sebagai satpam di kapal. Pada malam itu, dan setiap malam seterusnya, dalam paksaan dia dibawa ke sungai di kawasan Jambatan Lanang, untuk menangkap buaya. Oleh kerana tidak ada gaji, dia pun lari selepas kerja 5 bulan.

Dia bekerja di kebun sayur di Serian selama satu bulan. Pada January 2008, teman Dayaknya yang bernama Pare yang berasal dari Bangkayang, ajak dia bekerja tangkap ikan di laut. Pada 10 Jan 2009, dia pulang ke darat tetapi tanpa Pare.
Pak Rusnadi, Herman adalah anak anda. Dia nak pulang ke Indonesia.
Pak Mu’ie, uncle Herman bisa dihubungi di 081575800978. Mungkin ada pembaca yang bisa convince Pak Rusnadi supaya terima balik anaknya Herman.

MEMANTAU DAN MEMBINA TKI / TKW

( Tulisan Alim Mideh )

Semenjak Khamis, 8 January, hari hujan dengan angin kencang, tanpa stop. Program Wawancara dengan penduduk di Bangkayang dan dusun di Kecamatan Monterado sudah ditetapkan pada Isnin, 11 January. Pada Ahad, 10 January, Jam 7.00 pagi, masih hujan lebat, kami berangkat dari Kuching menuju ke Monterado, Kecamatan Bangkayang. Informasi dari teman-teman di Entekong, Sanggau, Darit, Bengkayang dan Monterado menunjukan tidak ada banjir.

Oleh sebab jalan Kuching-Bau, Bau-Serikin dan Sangau Ledo banjir, kami terpaksa pergi menerusi jalan Tebedu-Entekong. Kami sampai Bengkayang pada jam11.00 pagi, terus menuju ke rumah Pak Petrus. Anehnya, setelah wawancara tentang tindakan preventive untuk mengurangkan masalah TKW, saya ditawarkan cewek yang muda dan cantik untuk dijodohkan kepada teman saya di Sarawak. Saya menjawab bahawa saya bukan seorang matchmaker, tapi kalau saya jumpa teman yang inginkan isteri Dayak Kalimantan, saya akan ingat cewek itu.

Kami meneruskan perjalanan dan sampai di Monterado jam 7.00 malam. Selepas makan di rumah Pak Ani, kami terus pergi ke rumah Pak Dusun. Tidak akan saya lupa dish sambal tempe goreng. Sangat nyaman rasanya. Tak pernah saya makan dish seperti itu di Sarawak. Di rumah Pak Dusun, saya ditembak dengan banyak soalan dan komen tentang nasib TKI di Malaysia. Ada lelaki sekarang tidak bisa melakukan hubungan sex dengan isteri nya setelah disebat tiga kali kerana masuk ke Malaysia secara illegal.

Jawapan saya kepada kebanyakan soalan lain ialah mereka masuk ke Malaysia menerusi jalur yang gelap atau tidak jelas. Pada penghujung wawancara, empat bapa terus offer kepada saya, anak gadis mereka untuk kereja sebagai pembantu rumah tangga (PRT). Setelah di interview, didapati bahawa semua mereka tidak ada kad pengenalan.

Apabila saya tanya, Pak Dusun, dengan malu, berjanji akan usahakan Kartu Tanda Penduduk (KTP) untuk penduduk dusun beliau. ” Kalau macam ini, kalahlah Governor Cornelis pada pemilu akan datang,” saya gurau dengan hadirin. Penduduk dusun itu berterima kasih kepada LSM Bina Masyarakat Desa dan berjanji tidak lagi akan melayani calo dan agent TKI gelap.

Kebanyakan mereka dibawah umur, atau kurang dari 21 tahun untuk layak dapat work permit dari kerajaan Sarawak. Tetapi mereka semuanya berumur 21 tahun atau lebih, di pasport, walaupun kadang-kadang nenen pun belum timbur di dada.

Walaupun ada yang datang dari semi-urban, tetapi kebanyakan mereka datang dari Dusun. Umur yang mentah, tempat asal mereka dan taraf ekonomi mereka, membuat mereka sangat laku untuk digajikan oleh majikan dari Sarawak: mereka senang diatur, senang ditipu, senang dianiai dan mereka tidak tahu dan tidak berupaya memperjuangkan hak-hak mereka. Mereka adalah TKW ( tenaga kerja wanita) dari Indonesia.

TKW sering dikaitkan dengan nasib malang seperti dirogol oleh majikan, dianiai oleh majikan, makanan tidak cukup, makanan yang kurang berkhasiat, kerja berlebihan seperti slaves, tidak diberi kesempatan bersembahyang, gaji tidak dibayar, gaji dibayar tetapi tidak munasabah dan ada juga yang hilang terus.

Kerajaan Malaysia dan juga Indonesia sangat perihatin terhadap masalah ini, tetapi tak mampu menangani, sebab selalunya masalah ini timbul oleh TKW sendiri.Ramai TKW lebih suka memilih agent illegal di Indonesia, daripada agent legal. Agent illegal tetap berkawan dengan agent illegal juga di Sarawak. Maka semua transaksi dan urusan pun informal.

TKW yang dapat majikan yang berperikemanusiaan dan pengertian bernasib baik, dibandingkan dengan yang sebaliknya. Pada pertemuan Sarawak Dayak National Union dengan Dewan Adat Dayak di Pontianak, dan dengan Majelis Adat Dayak Nasional di Kuching, semuanya pada tahun 2008, sudah ada persefahaman diantara ketiga-tiga pihak untuk menangani masalah TKW di Sarawak, terutamanya TKW Dayak.

Maka pada 8 Jan 2008, di Dusun Bagan, Ngabang, Kalimantan Barat, sudah ada persefahaman diantara LSM Bina Masyarakat Desa dengan Binamasdesa Services untuk kerjasama, mengambil tindakan secara preventive, supaya TKW tidak terjatuh dibulatan urusan informal yang menjerat. Binamasdesa Services juga akan bantu mencari TKW yang hilang di Malaysia, menerusi jaringan NGOs dan agency kerajaan.

Untuk nasihat dan petunjuk, warga Dayak yang ada TKW bermasalah, atau nak cari kerja secara aman dan legal, boleh berhubung dengan Miss Agustina di mobile nombol +62 813 4538 5178; email: tina_borneo2007@yahoo.co.id, atau Bapak Singli, moble no.: +62 813 5221 3475.