Februari 13, 2009

Olivier Menjadi Ibu



Pada 7 Feb 2009, saya terima phone call dari teman minta bantuan. Bila saya sampai di rendezvous, saya lihat seorang ibu berumur sekitar 26 tahun gendung baby lelakinya yang berumur tujuh bulan.

"Apa-apa kerjaan pun bisa Pak," katanya kepada saya, tetapi memandang ke lantai. Baby nya menangis. Dia malu nak suruh baby nya yang kelaparan, hisap nenen nya di depan saya. Bukan senang mendapat majikan yang mahu mengajikan seorang ibu dengan baby.

Selepas beberapa phone call, saya berjaya dapat kerja di restoran sebagai kitchen helper, dengan gaji RM450 per bulan, makan minum tidur disediakan oleh majikan. Tetapi majikan tidak mahu baby bersama dia.

Nasib baik dia ada adik yang kahwin Dayak Bidayuh lokal di Kuching. Adik inilah, dengan sokongan suaminya, yang rela menjaga baby tadi, semasa ibunya kerja.

Dia masih sedih, memikirkan anak sulungnya, Olivier, yang dia terpaksa tinggal di kampung dengan bapa dan emaknya.

Pada 9 Februari, dalam perjalanan ke Singkawang, saya singgah di kampungnya di Monterado, melihat anak perempuan sulungnya. Sangat sedih sekali. Bapanya lari. Ibunya kerja di Kuching. Nenek nya di ladang. Dia bermain masak-memasak dengan anak jiran.

Inilah akibat kalau ibubapa tidak merancang dan mengatur anak dengan baik. Inilah akibat apabila kita tidak faham apa itu puppy love, infatuation atau cinta monyet dengan cinta sejati. Inilah akibat apabila kahwin terlalu muda dan belum lagi bersedia disegi moral, mental, career dan kewangan.

Yang sengsara ialah anak dan nenek di kampung. Masyarakat pun susah nak sukses.

Pihak gereja dan pihak pemerintah harus memberi nasihat tentang kepentingan family unit, supaya masyarakat bisa sukses dan makmur.

Di Malaysia, pihak gereja Catholic memberi kursus wajib kepada semua pasangan yang nak kahwin, sebagai persediaan menjadi ibubapa yang bertanggungjawab, effective dan harmonious.