Februari 21, 2009

Calo Out-Of-Bound dari CIQ Entekong/Tebedu

Sudah seminggu ini, CIQ Entekong/Tebedu sudahpun diketatkan dan sudah didalam keadaan 'Out-Of-Bound' dari para calo dan orang awam yang tiada dokumen perjalanan sah.

Syabas kami ucapkan kepada pihak imigrasi dan polisi Indonesia kerana melaksanakan peraturan itu.

Sebelum ini, calo dengan senang, bisa membawa orang Indon ke CIQ Sarawak. Kalau calo nak bawa PRT yang mempunyai paspor baru masuk ke Sarawak, calo hanya bayar Rp500,000 kepada imigrasi di CIQ. Paspor akan dicop dan PRT masuk ke Sarawak. Di CIQ Sarawak, calo tak perlu bayar apa-apa sebab pihak imigrasi Sarawak sudah lihat cop imigrasi Indon di paspor itu.

Kalau pegawai imigrasi Indon itu ada angin bagus, calo hanya bayar Rp50,000, dan kadang-kadang tak perlu bayar langsung.

Sekarang semua orang, termasuk calo dan money changers, harus mempunyai dokumen perjalanan sah, sebelum dibenarkan masuk ke kawasan CIQ Entekong. Peraturan ini bisa mengurangkan human trafficking daripada KalBar ke Sarawak.

Pada tahun 1998 dan sebelumnya, harga PRT ialah RM800. Setelah pembuatan paspor diketatkan, harga PRT naik ke RM1000. Selepas itu agak senang dapat PRT dan buat paspor.

Pada tahun 2003, perlaksaan hukum diketatkan lagi, sehingga harga PRT naik ke RM1500 - RM1800.

Pada tahun 2008, untuk buat paspor dan keluar dari CIQ Entekong semakin susah. Sekarang harga PRT ialah RM2500.

Effect ini kepada PRT ialah gaji yang murah dan tak sesuai dari kerja yang dilakukan. Majikan akan jawab bahawa tak dapat berikan gaji tinggi sebab majikan harus bayar RM5000 kepada agent. Ini bermakna untuk 2 tahun contract, majikan akan belanja RM750 sebulan untuk PRT, kalau PRT diberi gaji RM350 per bulan.

Selalunya pihak perlaksana hukum hanya ketat perlaksaan hukum selama 3 - 6 bulan. Selepas itu PRT dan TKI bisa masuk ke Sarawak.

Gaji tidak dibayar

Ramai TKI, terutama sekali PRT, tidak dibayar gaji dengan penuh, setelah selesai contract kerja dua tahun.

Apa mereka buat? Mereka akan pulang ke kampung, walaupun tahu bahawa mereka ditipu, sebab mereka tidak ada perjanjian dengan majikan sebelum mulai kerja.

Ada juga mereka yang ada perjanjian kerja, tetapi hak mereka tidak dijaga dengan sepenuhnya. Mereka kurang faham Bahasa English atau Bahasa Malaysia.

Mereka tidak ada wakil yang menjaga kepentingan mereka. Agent yang urus mereka lebih mementingkan keuntungan ekonomi daripada kesejahteraan PRT.

Selalunya agent ini kenal mereka daripada agent sebelumnya, maka tidak ada personal touch. Dalam situasi seperti ini, PRT sudah menjadi benda bisnes, dan bukan manusia.

Disinilah Bina Masyarakat Desa berbeda. Kita akan ada personal touch dengan angota kerana kita interview calon dan ibubapa calon. Kita juga interview majikan untuk 'match making' calon dan majikan. Hujungnya kita akan buat Perjanjian Kerja diantara majikan dan PRT, yang disesuaikan ikut keperluan, workscope dan pengalaman PRT.

Maka bila ada masalah, kita sudah ada pegangan perjanjian, kita ada hubungan personal touch dengan majikan, PRT dan ibubapa PRT.

Hubungilah kami, kalau ada pertanyaan. Bisa tinggalkan pesanan di sini.

Harus selamat. Harus sukses.