Februari 03, 2009

Disnawati dibohongi II


Pada jam 8.56 pagi, dalam hujan lebat, Disnawati dan saya sampai di tingkat 7, Bangunan EPF, Simpang Tiga, Kuching. Disinilah Makhamah 1, dimana perbicaraan Disnawati-Ho akan diadakan.

Kami merasa kecewa semasa mendaftar diri di kaunter setelah diberitahu bahawa hakim cuti sakit. Perbicaraan maka ditangguhkan.

Mr Ho cadang kepada pegawai yang bertugas untuk melanjutkan perbincangan diantara beliau dan Disnawati, bertujuan untuk menyelesaikan masalah ini. Beliau bekerja di Kuala Lumpur, maka banyak kos untuk pulang balik ke Kuching.

Mr Ho berulang-ulang kali menyatakan kepada pegawai buruh, bahawa Disnawati salah kerana tidak tunai janji. 'Dia telah pun menjadi hakim' fikir hati kecil saya.

Pegawai buruh memberitahu Mr Ho bahawa gaji Disnawati atas kerja yang telah dilakukan, harus dibayar dengan penuh. Beliau tambah bahawa Mr Ho boleh summon Disnawati di makhamah, kalau dia rasa Disnawati tidak tunai janji.

Saya jawab bahawa tidak pernah ada perjanjian untuk melanjutkan kontrek dengan Mr Ho. Untuk menyambungkan kontrek, PRT harus tandatangani Borang Biru. Disnawati tidak pernah tandatangani Borang Biru.

Hanya setelah Borang Biru ditandatangani oleh PRT, barulah Work Permit dikeluarkan oleh Jabatan Imigrasi Malaysia.

"Bolehkah Mr Ho keluarkan Borang Biru yang ditandatanggani oleh Disnawati?" saya cabar Mr Ho. Saya rasa ada kemungkinan dia sudah melakukan kesalahan pemalsuan dokumen.

Nampaknya dia sudah mengalah lalu dia tawarkan membayar baki wang gaji, sebanyak RM1760, dengan tiga syarat: 1. tolak wang yang telah dipinjamkan kepada Disnawati, daripada jumlah wang baki. 2. Disnawati harus mengangku bahawa Disnawati bersalah. 3. Duit itu tidak dibayar tunai pada masa itu, tetapi pada masa lain, dimana tarikh tidak ditetapkan.

Kami juga nuntut kos Disnawati masuk ke Sarawak sebanyak tiga kali. Malangnya pegawai buruh jawab bahawa dia tidak boleh tuntut kos itu.

Kami menolok tawaran Mr Ho, yang merugikan, memalukan, menganiakan dan sedikit terlampau, sebab pemotongan itu tidak perpatutan.

Oleh kerana perbincangan itu seolah-olah tidak ada keputusan positive, kami pun memutuskan untuk perbicaraan di makhamah.

Pegawai buruh, seorang perempuan Melayu, memberitahu bahawa tarikh pembicaraan akan dikirimkan melalui pos.

Tidak ada komentar: