Februari 03, 2009

Disnawati dibohongi I

Pertengahan tahun 2008 seorang kawan call saya minta bantuan. Saya pun pergi ke rumahnya pada waktu petang.

Dalam pertengahan minum bir Bintang, saya kaget bila dia suruh saya bantu menagih majikan Disnawati, untuk pembayaran baki gaji Disnawati sebanyak RM2310. Seperti saya, dia juga tidak ambil apa-apa keuntungan daripada pertolongan itu. Dia adalah seorang practising Christian.

Malam esoknya, saya bawa Disnawati berjumpa dengan majikannya, Mr Ho Swee Foo, yang tinggal dirumahnya di Tabuan Height, Kuching.

Mr Ho Swee Foo tidak mahu bayar baki duit gaji itu. Oleh kerana Disnawati minta berhenti kerja kerana sudah bekerja lebih dua tahun, dan kerana bapanya yang sakit di Pahauman perlu dia, Mr Ho, dengan marah, pun benarkan Disnawati berhenti, tanpa gaji.

"Kalau ikut law, saya boleh claim dari dia kerana tidak tunaikan perjanjian ," ngancam Mr Ho.

Saya hanya buat tugas membantu warga Indonesia yang bermasalah, seperti yang dimohon oleh Gubernur Cornelis. Saya tidak mahu berkelahi. Saya percaya dengan undang-undang.

Selanjutnya saya buat complaint di Pejabat Buruh Malaysia di Kuching. Seperti arahan Pejabat Buruh, kami sudah mengadakan dua pertemuan diantara Mr Ho, Disnawati dan pegawai Pejabat Buruh. Kerana Mr Ho tidak mahu bayar baki gaji, maka kami teruskan kepada peringkat perbicaraan.

Esok adalah perbicaraan pertama diantara Mr Ho dan Disnawati. Disnawati hanya menuntut baki gaji sebanyak RM2310, dan kos dua rondengan dan perbicaraan esok.

Saya bukan seorang lawyer. Saya akan iringi dan nasihati Disnawati di Makamah Buruh, di Bangunan EPF, Simpang Tiga, Kuching.

Berdoalah untuk Disnawati.

Tidak ada komentar: