September 23, 2008

MENELUSURI KISAH TKI / TKW


KAMU BUKAN LAGI ANAK AKU


( Kisah Nyata Dari Mr. Alim Mideh)

“Awakmu saiki dudu anak ku”, jawab bapanya. (Kamu bukan lagi anak aku; you are no longer my son)
Jawapan yang tidak disangka daripada bapa, setelah tidak bertemu dan berbual selama tiga tahun. Apa lagi setelah dia baru diselamatkan dari seksaan dan gengangam orang gila selama setahun di Laut Cina Selatan, dimana dia sudah tidak lagi terfikir bisa keluar dengan selamat.
Terlalu stress, dia sudah hampir lupa bahasa sendiri, rakan kerja hanya terdiri dari suku Dayak dan Cina. Dia sering di tumbok oleh tekong tanpa alasan munasabah. Apabila dia tanya mengapa dia ditumbuk, dia akan dipukul dengan besi atau kayu keras, atau apa-apa benda yang dekat kepada tekong.

Hanya dia yang berani jawab balik tekong, menyebabkan dia menjadi black sheep dikalangan kuli yang lain.
Dia pernah lihat Pare, terjun ke laut, kerana tidak tahan lagi penganiaan dan dera tekong berkenaan. Dia juga pernah dengar cerita dari kuli yang lama, bagaimana mayat kuli Cina dan Dayak dicampak ke laut. Samada betul atau tidak, tetapi kuli yang lain pun sudah takut, maka tak berani melawan, jawab balik atau lari, sehingga ada yang bekerja selama lima tahun tanpa gaji. Ada yang terlalu stress sehingga tak tahu bagaimana nak pulang, tak sedar hak mereka sebagai pekerja dan manusia: mereka pun mengalah dan sudah menerima seksaan harian itu sebagai takdir Tuhan.

Setelah setahun dilaut, Herman pun pulang ke darat, kerana semua kuli lain juga pulang untuk cuti Kong Hee Fat Choy. Dalam perjumpaan dengan towkay, dia diberitahu bahawa dia masih song RM2000 lebih, tetapi hanya boleh pinjam RM150.
Dengan alasan nyawa lebih berharga daripada RM2000; tidak mampu nak menghadapi seksaan selama setahun lagi di laut; kemungkinan besar tidak ada gaji langsung seperti yang dialami oleh kuli yang lain dan kemungkinan dia juga akan terperangkap dan tak bisa pulang, Herman pun lari.
“Mungkin bapa kamu tidak percaya kamu lagi. Bagus I tulis cerita kamu di blog. Lepas itu suruh you bapa baca blog I. Setelah dia lihat gambar kamu yang kurus, sedih dan hitam kulit, mungkin dia percaya,” saya nasihati Mohamad Herman Shah.
Dia berasal dari Brebes, Jawa Tengah. Lelaki Jawa Muslim ini dibawa ke Pontianak oleh seorang calo kampung bernama Sarip, pada tahun 2006. Di Pontianak, dia bersama lima kawan lain diserah kepada pasangan agent Pak Junaidi dan Pak Kori.
Agent ini serahkan mereka kepada towkay bernama Mr Ling, di Sibu, Sarawak dan bekerja di sawmill. Dia berhenti kerja setelah satu tahun dengan Mr Ling. Semasa minum di warong, di berkawan dengan seorang Cina bernama Apin. Dia ditawarkan kerja sebagai satpam di kapal. Pada malam itu, dan setiap malam seterusnya, dalam paksaan dia dibawa ke sungai di kawasan Jambatan Lanang, untuk menangkap buaya. Oleh kerana tidak ada gaji, dia pun lari selepas kerja 5 bulan.

Dia bekerja di kebun sayur di Serian selama satu bulan. Pada January 2008, teman Dayaknya yang bernama Pare yang berasal dari Bangkayang, ajak dia bekerja tangkap ikan di laut. Pada 10 Jan 2009, dia pulang ke darat tetapi tanpa Pare.
Pak Rusnadi, Herman adalah anak anda. Dia nak pulang ke Indonesia.
Pak Mu’ie, uncle Herman bisa dihubungi di 081575800978. Mungkin ada pembaca yang bisa convince Pak Rusnadi supaya terima balik anaknya Herman.

Tidak ada komentar: