Februari 24, 2009

PRT dipaksa sambung contract


Moses Rata, yang berasal dari Darit, complaint kepada saya bahawa teman kepada kawan nya, seorang PRT (Pembantu Rumah Tangga) sekarang dalam tahun ketiga bekerja dengan majikan nya.

PRT ini sangat rindu kepada keluarga nya dan sangat ingin kembali ke rumahnya di Darit. Tapi dia tak dapat kerana dia bilang "contract saya sudah disambung".

PRT ini tak faham mengapa bisa contract disambung, sedangkan janji calo dulu dia hanya bekerja selama dua tahun. Dia hanya diberitahu oleh majikannya bahawa contractnya sudah disambung dari dua tahun kepada empat tahun.

Sekarang PRT ini ingin nak lari dari majikan, walaupun tanpa gaji.

Soalan dam komen saya kepada Moses:
1. Dimana dan siapa agent PRT ini? Agent Indon nya?
2. Mengapa agent Sarawak dan agent Indon ini tidak urus PRT ini semasa contract sudah selesai?
3. Adakah PRT tandatangani Borang Biru? Kalau ada bermakna PRT sudah memberi izin untuk sambung contract. Kalau tidak ada, bermakna majikan memalsukan tandantangan PRT.

Apa yang PRT dan Moses harus buat, kalau PRT benar nak pulang:
1. PRT tulis surat berhenti kerja kepada majikannya. Beri minimal satu bulan notice. Kasih salinan surat itu kepada konsulat, saya sendiri (LSM) dan polisi.
2. Ibubapa PRT juga tulis surat kepada majikan, minta supaya anak mereka dibenarkan pulang. Beri minimal satu bulan notice. Kasih salinan surat kepada konsulat, LSM dan polisi.
3. Kami akan berjumpa dengan majikan bila sudah tiba masanya, seperti dalam kedua-dua surat.

Janganlah lari, sebab PRT akan rugi gaji tiga tahun.

Tindakan LSM Lembaga Bina Masyarakat Desa untuk mengelak masalah in berlaku:
1. Ada perjanjian kerja ditandatangani oleh majikan dan PRT. Kita kenal majikan.
2. Setiap 3 bulan kita pergi jumpa PRT, untuk mengelak penganiaan dan dera.
3. Setiap bulan gaji dibayar. Maka bila dah habis contract, PRT bisa pulang dengan gaji penuh.
4. Dalam perjanjian, PRT dan ibubapa PRT harus bersetuju secara bertulis, barulah contract PRT bisa disambung.

Sekarang kita sudah ada jalur alternative. Janganlah ikut jalur gelap.

Tidak ada komentar: