Februari 25, 2009

Uphill battle

Pihak LSM BMD di Kuching sedang dalam peringkat advocacy dikalangan public dan potential employers kepada PRT. Kita sudah berjumpa dengan tidak kurang tiga puluh potential prospect.

Semua mereka komen bahawa Perjanjian Kerja yang disediakan oleh kita sangat bagus kepada ketiga-tiga pihak; iaitu pihak majikan, pihak PRT dan pihak Koordinator di Sarawak.

Malangnya, diantara yang kita sudah sosialisasi, hanya orang Dayak sahaja yang ikhlas nak melaksanakan perjanjian itu.

Yang lain, hanya bilang bagus di mulut, tetapi tidak mahu melaksanakan perjanjian itu. Mereka lebih suka mengajikan PRT secara sistem yang sedia ada.

Sistem yang sedia ada ialah satu sistem dimana majikan ambil PRT daripada agent. Lepas itu agent sudah tidak ada hak nak masuk campur dalam nasip PRT. Berapa gaji yang nak dibayar, kemudahan yang disediakan oleh majikan kepada PRT, keselamatan PRT dan lain-lain hal, sudah pun ditentukan oleh majikan. Kalau majikan baik, PRT nyaman. Dan kalau jumpa majikan jahat, susahlah nasib PRT.

Sistem yang LSM BMD nak praktikan ialah suatu sistem dimana hubungan kerja majikan-PRT sudahpun ditetapkan dalam perjanjian. Contohnya: setiap bulan majikan harus bayar gaji PRT kepada Koordinator. Inilah satu isu yang majikan tidak mahu. Mereka lebih suka bayar gaji PRT selepas habis kontrek dua tahun, tanpa jaminan kukuh.

Saya hanya tahu bahawa agent yang betul-betul bertanggungjawab ialah Albert Tiong. Tetapi walaupun beliau strict, masih juga ada masalah dimana majikan tidak mahu bayar gaji PRT dengan penuh, seperti kasus Disnawati yang saya sekarang handle di makhamah. Kalaulah beliau ikut sistem kita, masalah ini tidak akan berlaku, sebab gaji sudah ditanggan kita.

Sekarang kita menghadapi uphill battle dalam promosi ideal kita, sebab masih banyak calo dan agent yang masih memberi PRT secara sistem sedia ada.

Yang dapat membantu kita ialah pemerintah Indonesia. Pemerintah Indonesia bisa mengarahkan supaya semua PRT harus ambil Indomaids Agency sebagai Koordinator untuk mereka di Sarawak.

Tidak ada komentar: