Februari 27, 2009

PRT Dayak Kalimantan kurang popular

Kebanyakan majikan adalah berbangsa Cina. Oleh sebab kebanyakan Dayak adalah Kristian, mempunyai kebudayaan pemakanan dan hidup harian yang serupa, maka mereka lebih suka PRT Dayak.

Tetapi agent kurang suka handle PRT Dayak, oleh sebab-sebab seperti berikut:
1. kebanyakan PRT Dayak tidak punyai dokumen. Apa lagi paspor, KTP, AKTE dan KK kadang-kadang pun tak ada. Agent terpaksa buat semua ini, walaupun tanggungjawab ini adalah tangungjawab ibubapa PRT. Urusan ini makan waktu yang lama.
2. Sangat mahal nak buat dokumen ini. Apabila aparat yang buat dokumen ini tahu bahawa PRT hendak pergi kerja ke Sarawak, kos proses dokumen bisa meningkat. Contohnya: harga buat KTP dan KK di Bangkayang ialah Rp400,000.
3. Untuk buat paspor di Entikong, harganya ialah RP1,300,000. Kalau PRT kelihatan macam Cina, dan kurang fasih dalam Bahasa Indonesia, harga paspor bisa naik ke RP1,800,000.
4. Kalau paspor itu baru (perawan), kita perlu bayar RP50,000. hingga RP500,000. sebelum bisa di cop di imigrasi di Entikong, walaupun paspor itu tulen dan tidak palsu.
5. Harga PRT Dayak di Tebedu ialah RM2500 - RM2800.
6. 40% PRT Dayak ada penyakit malaria dan HB. Mereka perlu diubat sebelum bisa kerja. Kos akan meningkat lagi.
7. PRT Dayak kurang committed. Mereka suka rindu kampung pada musim festival seperti Pesta Makan Nasi Baru, gawai, Naik Dangau dan Krismas.
8. Agent takut dengan sifat kaum Dayak yang suka ambil undang-undang ditanggan sendiri, apabila ada kasus. Walaupun kita ada Hukum Positif, Hukum Adat tetap diutamakan oleh kaum Dayak. Hukum harus dilaksanakan selepas pengadilan, dan bukan sebaliknya.

Harap difaham bahawa post ini tidak bertujuan untuk merendahkan mutu PRT Dayak. Ia hanya bertujuan untuk clarifikasi keadaan sebenar supaya aparat pemerintah dan LSM berkenaan bisa masuk campur supaya PRT Dayak boleh menjadi lebih attractive kepada majikan dan agent.

1 komentar:

Anonim mengatakan...

adalah lebih bagus jika sesama dayak sarawak menggaji pembantu rumah dayak dari kalimantan. siapa lagi hendak bantu sesama dayak?