Maret 09, 2009

PRT Dayak kurang popular II

Satu contoh yang sering berlaku ialah pembohongan dan penipuan, seperti kisah benar ini.

Julia setuju supaya anaknya, Lily, bekerja di Sarawak, oleh sebab Lily tidak lagi bersekolah.

Lily pun setuju kerana kakaknya juga bekerja di Irian Jaya sebagai PRT. Bapanya yang bekerja mencabut bulu dari 'bird's nest' juga setuju, dan berdoa mudahan anaknya dapat rezeki di Sarawak, untuk ubah nasibnya sendiri.

Majikan bayar sponsor Rp1,600,000. sebagai upah menjumpai Lily. Majikan juga beri Julia Rp200,000. sebagai saguh hati.

Lily adalah 'kosong', tidak ada KTP dan AKTE. Majikan buat AKTE dan KTP, untuk buat paspor. Majikan juga bawa Lily ke klinik untuk buat medical check-up. Bila sudah tiba masa untuk ambil gambar nak buat paspor, Julia tukar filiran dan suruh Lily pulang. Lily tidak lagi dibenarkan kerja di Sarawak.

Julia pun ngancam nak lapor kepada polisi bahawa pembuat paspor culik Lily.

Seperti yang sering berlaku, majikan mengalah. Majikan rugi kos pergi-pulang ke Singkawang yang termasuk BBM, imigrasi, kastam,hotel,makan-minum, dsb ; fee untuk sponsor; saguh hati untuk ibu Lily;dan fee untuk yang buat paspor.

Lebih senang ambil PRT dari Jawa, sebab bila dah sampai di Entikong, mereka sudah bersedia dan nekat nak kerja dan lengkap dengan dokumen keperluan.

Tidak ada komentar: